AWAK..KENAPA BIARKAN TANAH INI DIKOTORI DENGAN EMOSI?
Teringat sedikit perbualan
ringkas saya dengan pak cik Teksi berbaju kuning Sabtu yang lepas. Pak Cik tu
kata BERSIH ni cuma satu platform untuk raykat bersuara menuntut PR yang lebih
telus daripada kerajaan. Raykat yang berkumpul hanya inginkan ketelusan dalam
PR. Tidak lebih. Tidak kurang. Tidak akan menjejaskan keselamatan negara. Itu
katanya. Malah, beliau turut mengajak
saya untuk menyertai perhimpunan tersebut. Terima kasih. Dengan sopan saya
menolak.
ii) Tapi pak cik, lihat sahaja
yang telah terlaku. Benar. Nawaitu raykat dah betul. Cuma bukan dengan cara
demonstrasi yang begitu. Kereta terbakar, pegawai polis dicederakan semasa
bertugas dalam demosntrasi tersebut. Anda kata anda hanya ingin membuat demonstrasi
aman. Tapi, buktinya kereta dirosakkan, malah tidak cukup dengan itu pegawai
polis dibelasah, dipukul dengan teruk tanpa belas kasihan. Emosi mengatasi
segala-galanya. Apa yang membezakan manusia dengan ciptaan Tuhan yang lain
adalah manusia sebaik-baiknya dilahirkan dengan akal fikiran supaya boleh membezakan perkara yang baik dan buruk. Bukan
digunakan kurniaan yang satu itu untuk memburukkan lagi keadaan.
iii) Begitupun, saya tidak
salahkan niat mereka yang membawa cahaya kuning itu, cuma janganlah sampai
mengambil tindakan yang dikira mampu menjatuhkan maruah anda sendiri wahai
saudara-saudaraku. Mungkin anda akan kata saya orang kerajaan. Berkerja untuk
kerajaan. Sebab itulah kata-kata yang saya tulis pun berbaur berpihak kepada
kerajaan.. Saya manusia biasa. Yang masih juga mencari-cari cahaya dalam diri
saya sendiri. Cukuplah. Tanah ini sudah cukup penat melihat darah-darah yang
terkorban dari dulu lagi. Belum puaskah? Atau bila tiba masanya anak-anak
bangsa kita berbunuhan satu dengan yang lain baru rasa keinsafan itu timbul
dalam diri?. It’s not just a win-lost game. Atau yang menang akan gagah mendabik
menjadi arang. Yang kalah malu tersipu menjadi abu. Cukuplah! Jangan biarkan matlamat
itu menghalalkan cara anda. Sebab akhirnya, kesannya kepada kita, anak-anak
bangsa kita, negara kita.
iv) Berilah peluang kepada
generasi kita masa hadapan untuk hidup tanpa rasa ketakutan. Ajarlah mereka
untuk bertindak dengan menggunakan akal yang waras. Didiklah mereka menjadi pemimpin
yang berguna. Agar suatu hari nanti, bila generasi ini yang menjadi pemimpin,
mereka benar-benar faham dan menghargai akan nilai sebuah kehidupan. Bak kata seorang
sahabat guru, Cikgu Yusuf, kenapa perlu dikotorkan tanah ini dengan emosi? Bila
nanti berjalan di atas api baru kita sedar, rupa-rupanya saat-saat bahagia
perlu dihargai.
Cahaya kebenaran yang satu itu
dah terang. Tak perlu bersuluh. Saya faham. Kamu harus faham. Mereka harus
faham..=)
-
Insan Kerdil. 30/4/2012-