Background

Public speaking ala kesultanan melaka

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
14 Oktober 2009 (Foyer Sekolah Sains Sosial) — 9am-5pm: Selepas tampil dengan gaya “Bollywood” pada hari sebelumnya, acara tradisi Program Hubungan Antarabangsa i.e. Public Speaking — menampilkan tema yang tidak kurang uniknya, iaitu “Kesultanan Melaka”. Kumpulan pelajar ini membincangkan aspek khusus hal-ehwal antarabangsa berkaitan dengan World Trade Organisation (WTO). Para pelajar di bawah kursus Pn. Marja Azlima Omar ini membawa perubahan pada tahun ini dengan turut menyelitkan aspek pameran dalam aktiviti, selain agenda utama iaitu pengucapan awam. Daya tarikan utama acara kali ini terletak pada watak-watak purbawara yang diadun ke dalam majlis, misalnya: Raja Charles sebagai Sultan Melaka, Puteri Hang Li Po, Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Teja, Laksamana Cheng Ho dan beberapa lagi ikon penting zaman kesultanan Melaka. Kreativiti pengajaran sedemikian merupakan cara paling efektif menerapkan kemahiran insaniah kepada para pelajar, tanpa mengabaikan proses pengembangan intelek dan akademik. Tahniah!
                                                      (www.disinggahsini.sss)

1 comments: