Background

Tragedi Double 6: Kemalangan atau KONSPIRASI?


Ada kawan-kawan yang mungkin tidak tahu apa itu Tragedi Double 6.

i. Secara ringkasnya, Double 6 Tragedy ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini, dikatakan mengalami gangguan kerana menampung penumpang yang ramai ketika itu.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.

ii) Isu ini adalah isu yang sensitif .. Sehingga kini saya yang dah berumur 24 tahun menjadi raykat Sabah pun tidak tahu akan cerita sehinggalah terbaca satu blog sahabat mengenai tradegi ini. Teringat lagi semasa belajar di UMS dulu, sering bersama sahabat2 berjalan2 ke taman memorial Double 6 ni tapi ingatkan hanya sebagai hiasan di KK tu. Sayakah yang buta sejarah ataupun mmg tradegi ini ditutup kes dgn begitu sahaja? Bukannya mahu membongkar X-Files tapi ternyata perjuangan mereka yang terkorban ini ibarat sengaja dilupuskan dari minda kita. Tiada maklumat dari internet, tidak dimuatkan dalam buku sejarah, tidak dibukukan secara terperinci dan tiada pendedahan secara terbuka berkenaan nahas yang berlaku.

Percayakah anda kalau saya katakan tugu peringatan DOUBLE 6 di Sembulan tidak disertakan dengan cerita nahas tersebut? (setakat hari ini 19 Julai 2008). Kononnya peringatan sejarah yang penting. Takkan nak buat cerita pasal nahas tu pun susah? Pelik

iii. Ya. Saya memang masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double 6 masih segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun Ada teori yang boleh kita search dari internet (mengikut cerita orang) kononnya pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang. Apa pula pendapat kamu semua? Tidakkah teori mereka itu SANGAT MERAGUKAN apabila kotak hitam tidak dijumpai??!!! Cuba fikir baik-baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal ini?

Korban Tragedi Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)

Mengikut cerita lisan yang saya dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tun mempunyai banyak syarat dalam penggabungan Sabah, Malaya, Sarawak dan Singapura menjadi Malaysia. Negeri kita tidak semiskin ini kalau Tun tidak meninggalkan rakyatnya lebih awal…

iv. Mengikut perkiraan saya pula, mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk mendapatkan kepentingan minyak dan sumber dari Sabah termasuk kayu balak yang banyak (tanyalah pada Ku Li bertapa kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak mustahil jika ada pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat dan hapuskan bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun tidak dikenang.

Walau bagaimanapun, andaian tetap andaian. Harapan kita agar penjelasan yang memuaskan hati diumumkan secara terbuka. Rakyat berhak mengetahuinya.Saya bukan mempertikai, cuma alangkah baiknya anak-anak bangsa kelahiran sabah sendiri seperti saya ini mengetahui akan kebenaran cerita ini. Untuk kita ceritakan pula kepada anak2 kita nnt. Bahawa sabah pernah mempunyai pemimpin2 yang hebat yang boleh kita banggakan.

Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut merupakan kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti (malangnya kotak hitam tidak ditemui). Kalau ia merupakan konspirasi, siapakah dalang di sebaliknya?

http://akustressgiler.blogspot.com/2012/06/sejarah-tragedi-double-six-1976-di.html..

note: Cerita ni sebahagiannya saya ambil daripada pembacaan2 mengenai tradegi ini. Sungguhnya, sejarah memamg sesuatu yang menarik..=)

Categories: Share

1 comments:

  1. kenapa tragedi ne tiada dlm buku sejarah malaysia?...terlupa atau di lupakan?...

    ReplyDelete