Background

Kisah yang tertinggal.




Benar. Rasanya inilah masanya untuk difikirkan kembali cita-cita diri yang masih tak tercapai. Dek kerana kesibukan di tempat kerja kadang-kadang buat diri sengaja melupakan hasrat yang dipendam sekian lama. Ya. Dulu pernah tersemat di hati sebelum melangkah ke umur 35 tahun saya sudah memiliki Ijazah Kedoktoran. Bunyinya macam orang gila belajar kan? Haha tapi itulah saya. Kata orang mana yang benda mustahil itulah yang saya kejar. Bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri. Tidak salah kan? Kalau MAMPU. Saya ulang ‘KALAU’. Sebab kadangkala masa lampau memaksa kita untuk menjadi sesuatu yang lebih baik daripada dulu. Bukan begitu?

ii. Nak tahu 1 cerita? 25 tahun yang lepas. Pada bulan Julai 1988, seorang anak kecil telah dilahirkan disebuah kampung yang bernama Kg Pangasahan, Tamparuli. Ketika itu, kira pedalamanlah kampung tu. Dengan bilangan adik-beradik yang agak ramai sebanyak 8 orang, ibu bapa anak kecil itu terpaksa berkerja keras untuk mencari sesuap nasi untuk memastikan sekurang-kurangnya perut anak-anaknya terisi walaupun sedikit. Setakat makan ubi kayu menggantikan bekalan beras yang tiada, atau sebiji telur yang dikongsikan makan bersama 10 orang dalam keluarga itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka sekeluarga. 

Ketika anak-anak lain bermain dengan basikal, bermain dengan video game, anak kecil itu bersama adik-beradiknya bermain dengan selut sawah padi, berkawan dengan kerbau di sawah, dan bila malam menjelma, sang nyamuk itulah peneman tidur yang setia. Bila bangun pagi untuk ke sekolah, mereka adik beradik akan pastikan lubang hidung mereka dalam keadaan bersih. Mengapa? Sebab bila malam mengulangkaji, lampu pelita itu betul-betul berada disebelah tempat mereka belajar.

iii. Namun mereka semua tidak pernah mengeluh kerana mereka memahami kesusahan ibu mereka. Dari situ, anak kecil itu bertekad mahu mengubah kehidupan keluarganya. Kesusahan mengajar mereka menjadi anak-anak yang sedar diri. Tahun silih berganti.Satu demi satu kakak dan abang anak kecil itu berjaya dengan usaha mereka sendiri dan mengubah kehidupan keluarga sedikit demi sedikit. Sehinggalah tahun 2008 budak kecil itu telah berjaya melanjutkan pelajaran memasuki Universiti Malaysia Sabah. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya sebagai seorang mahasiswa. Genap 3 tahun selepas itu, maka rasminya budak kecil itu bergelar graduan yang dibangga oleh keluarganya.

Senyum panjang bahhhh dapat salam Ketua Menteri Sabah.

Dengan berbekalkan segulung kertas, anak kecil itu memberanikan diri keluar merantau di kota metropolitan seorang diri. Mencuba nasib tanpa ditemani sesiapa. Pelbagai pekerjaan daripada menjadi guru tadika, kerja di syarikat swasta semua telah dilakukan demi mencari sesuap nasi. Belum pun usai bergraduasi, sanak kecil itu telah menerima lamaran menjadi pekerja di bawah sebuah Kementerian. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat kerja itu, kerana budak kecil itu terpaksa bermula dari bawah, seorang diri merangkak di celah-celah kota metropolitan yang jauh benar bezanya dengan suasana kampung. Jatuhlah beberapa kalipun, budak kecil itu tetap berdiri dan melangkah maju ke hadapan. Tanpa segan. Tanpa kenal erti putus asa.

iv. Keadaan memaksa budak kecil itu menjadi matang. Besok hari resah? Tidak. Ia di di luar pengetahuan kita. Dalam dunia yang semakin sarat dengan kelam-kabut, budak kecil itu tak terkecuali antara turut sama bergaul dalam rempah ratusnya. Namun dalam kelam kabut itu, semakin lama semakin mematangkan. Budak kecil itu bukanlah seorang anak yang cerdik. Apa yang dia ada hanyalah sedikit pengalaman sepanjang dia hidup.



Ya betul. Budak kecil itu adalah saya. Ini adalah salah satu rahsia yang telah lama saya simpan kecuali ada beberapa sahabat yang memang tahu akan diri ini. Hari ini saya sudah boleh tersenyum bangga dengan apa yang dikecapi sekarang. Tolong jangan fikir saya hendak meminta simpati dengabn cerita perjalanan seorang budak kecil itu, Cuma niat dihati hendak berkongsi rasa kepada adik-adik yang berada di luar sana yang masih keliru memilih jalan.

Tidak kira betapa susahnya kamu, berusahalah adik-adikku. Follow your heart and never never and never give up.” Mudahan-mudahan usahamu mendapat berkata daripadaNYA.

v. Dipendekkan cerita, sebab itulah sebab kenapa saya still nak belajar. Ayah selalu cakap hanya pelajaran mampu mengubah kedudukan di mana kita berdiri sekarang. Dan untuk itu, saya bersyukur sebab dikurniakan sebuah keluarga yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. Haippp!! Harap-harap permohonan saya untuk sambung belajar ni diterima. Kalau bukan tahun ni, maybe next year. And once again bergelar seorang pelajar. Serius. Saya rindu akan semua itu.!!


Notakaki: 20 minit siap mengarang. Huh!! Anywhere, untuk sahabat2 yg saya kenal secara langsung atau x langsung. Salam di Bulan Ramadhan. Selamat berpuasa semua. =)

Leave a Reply