Background

Memori yang tertinggal UTM & UMS 2010

Sebaik sahaja entri ini ditulis, genaplah seminggu program Khidmat Masyarakat dan Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA di Sabah bersama kerjasama JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA (JAKMAS) Kolej Anugerah Bestari berlansung. Maka, pada entri kali ini saya akan ceritakan suka duka sepanjang program ini dilaksana buat tatapan dan iktibar bersama.

 
                                           malam hari pertama menunggu pak cik bas nak ke airport

Secara jujurnya mengorbankan masa cuti bersama keluarga membuatkan separuh jiwa saya berasa tak tenteram. Semasa sahabat-sahabat lain menghabiskan masa cuti bersama keluarga tersayang, saya tabahkan hati untuk berada di kampus demi sebuah tanggungjawab yang digalaskan di bahu selaku salah seorang pemimpin pelajar di Kolej Kediaman Anugerah Bestari. Sebelum program ini berlansung, program Selangkah Ke Menara Gading 2010 anjuran Exco Latihan & Kepimpinan MPP baru sahaja berakhir yang juga turut diadakan di Kolej AB. Usai sahaja, saya (Exco Akademik & Kepimpinan) serta sahabat2 JAKMAS yang lain syafiq(YDP), Suhaimah (Bendahari), Norizzah(S/U), Adrianti( Exco 3k), serta seorang seketariat Mohd Samsul Samsuddin mempersiapkan diri untuk program ini. Apapun, setinggi terima kasih saya ucapkan buat sahabat YDP tulang belakang program ini kerana begitu susah payah memastikan semuanya berjalan dengan lancar.. Terima kasih daun keladi fiq!!

                    Ni dia wajah Yang Dipertua kOLEJ AB@ merangkap orang harapan JAKMAS

Hari pertama nak mengambil student UTM ini agak berdebar juga. Risau juga bagaimana penerimaan dorang nanti setiba di UMS. Seminggu lagi tuu..Fuh!! Mula terfikir yang bukan-bukan sampai tesenyum tersengih-sengih seorang diri memandang pemandangan luar semasa dalam perjalanan ke terminal Lapangan Terbang II mengambil dorang. Kalau YDP nampak, dicopnya saya gila meroyan, kan naya tuu?? hahaha..Gulp!

Resah, Gelisah, semuanya bercampur membuarkan perasaan jadi semacam.Duk! Mak oii!! Itu perkataan pertama terkeluar. Mengagumi kebesaran student-student UTM ni..haha apa taknya semuanya tinggi-tinggi dan besar ( Nampak dulu keluar adalah si Daud, abg Bad, Abg Nazri ) jika nak dibandingan tahap ketinggian dorang dengan saya,,tak payah cakaplah sebab takta paling rendah tetap dalam gengaman ni..haha..Bah macam mana juga kalau semasa kecil2 selalu makan kubis Kundasang, Bulat dan pendek, JUST LIKE ME!! Adoiiii!! haha tidak apa..yang penting saya comel dari dorang!!! hhahaaha..( kes angkat diri sendiri) Dan semasa dalam bas nak balik UMS, sempat berkenal-kenalan dengan dorang semua..Alhamdulilah..rasa bimbang lenyap diganti kemesraan yang mulai kelihatan..

Program Khidmat Masyarakat kali ini akan diadakan di Kampung Sambah, sebuah kampung perairan yang terletak di Pekan Tuaran,kira-kira sejam dari UMS. Perjalanan yang menggunakan bot ke kampung ini betul2 menguji keimanan di hati. Apa taknya airnya keruh memungkinkan segala. Namun keterujaan tahap gaban melalui paya Bakau itu mengatasi segalanya. Tapi, dengan sekelip mata segala rasa kegembiraan musnah ranap bila dengan wajah selamba pak cik bot tu cakap dalam paya bakau yang kami lalui itu terdapat buaya. Pak cikkkkk!!!! saya belum graduate lagi tau..kawin pun belum..Dibuatnya tiba2 buaya tu menyerang bot kami..palis-palisss jauh 2!!! Dush!! Entah pelbagai jampi serampah mantera semerah padi, sehijau lada keluar demi menghilangkan rasa takut yang bermukim di dada...Alalala..moga2 selamat sampai...

                                           perjalanan yang sungguh mendebarkan...woarrrr..

Sebaik tiba di kampung tersebut, membuatkan hati menjadi hiba. Melihat majoriti penduduk kampung yang rumahnya terletak diatas air. terdedah kepada banyak risiko. Jika dibandingkan dengan kehidupan di bandar, saya kira mereka seratus lebih baik daripada kemudahan fasiliti di Kampung Sambah ini.Terasa betapa kerdilnya diri jika dibandingan dengan penduduk kampung tersebut. Merenung wajah anak-anak kecil yang yak mengerti lansung serta bagaimana pengorbanan ibu bapa yang tabah mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya..Ia benar2 membuka ruang minda saya untuk berfikir..



                                           Keadaan di kampung Sambah

                                          Senaman petang dengan anak-anak penduduk kampung

                                          Sempat pose lagi dorang ni....

                                          Ni dia wajah-wajah ceria Siswa/i UTM dan UMS

                                           Sempat tangkap gambar bersama pengarah program

                                      zack dan Hisyam kat belakang tuu!!! siap korang!!!


                                 Ni pula student UMS medic (lawak bebenor)  yang kitorang bawa ni NAWI dan AS..


                                         Keluarga angkat saya dan Dilah..Bu Yang Fiza yang baik hati..

                                          Gambar kenangan terakhir bersama penduduk kampung

Usai saja program 3 hari 2 malam di kampung sambah, kami singgah sebentar di rumah Cikgu Faridah merangkap keluarga angkat YDP sekehap untuk makan2..haha bab makan ni adalah bab yang paling membahagiakan...hhehehe

petangnya rombongan kami terus bergerak ke Kundasang Park untuk menghantar mereka yang akan menawan Gunung Kinabalu. All da best for all of them!!


                                                    The Sign oF victory!! They make it true!!

Misi utama untuk menawan Gunung yanp paling tinggi di Asia Tenggara sudah tecapai.., kami bawa mereka pula menjelajah pemandangan di UMS..Muzium, galeri, akuarium serta perpustakaan menjadi pilihan. petangnya Muzium negara pula kami kunjungi..


Bergambar di Muzium UMS, CANSELORI UMS

Agenda terpenting dalam Program ini akhirnya tiba. Perjanjian Mou antara UMS dan UTM telah termeterai bersaksikan Bilik mesyuarat JAkMAS..Semoga kerjasama yang diharapkan membuahkan hasil yang baik kepada kedua buah pihak..

PerjanjiaN mOu UMS & UTM 2010


     
Barisan kepimpinan Kolej JAKMAS AB UMS 
dan JKM kOLEj Tunku canselor UTM

Tibalah hari terakhir program. tarikh 6 Jun. Paginya kami sempat pergi ke pulau Manukan dan Memutik. Seronok dan menggembirakan..Masa untuk bersama dimanfaatkan sepenuhnya...



Jeti pelabuhan Kota Kinabalu
Detik-detik terakhir bersama..

Akhirnya detik yang ditunggu telah tiba. It's time to say good bye for all of them. Walaupun sedih tapi apa boleh buatkan??..hadapi dengan senyuman bak nyanyian tuu..selepas ini tiada lagi ABG BAD yang sentiasa menjadi abg  Jurukamera yang happening , ABG SUK yang sporting menyanyi sama-sama semasa berada di kg Sambah, tiada lagi Hidayah si lincah yang ceria, Hassan yang penuh karisma, Hafiz Idris yang murah dengan senyuman, Zack yang malu-malu kucing. Upin Ipin dalam program ni Hafiz M dan Daud ( walaupun tak sama lansung!! haha)..abg nazri yang baik hati, Dilah yang comel, nana yang manja, Dijah yang penyayang, shahrir si 'bolehbahkalaukau",  Hisyam yang sentiasa caring., kak Rose yang penyayang selalu memberikan kata2 semangat, dan Farid yang suka bertanya,..THERE A NO SUCH PERSON LIKE U ALL..I WILL MISS ALL OF YOU GUYS..THE TIME THAT WE SHARE TOGETHER will always remain,,THANKS FROM THE BOTTOM OF MY HEART!!!

Kenangan ini pasti akan tersemat kukuh di ingatan selamanya..Memori yang tertinggal UTM _UMS akan menjadi kenangan terindah buat semua..korang memang terbayekk punya!! Tunggu kehadiran kami pula bulan December ni yaa..kita akan jumpa lagi..Salam SAYANG untuk semua..


Categories: Share

2 comments: