Background

Kisah suatu pagi, analogi di bilik temuduga dan pensyarahku..=)



i) Saya teringat apa yang terjadi pada jumaat lepas sewaktu menghadiri satu temuduga untuk jawatan PEGAWAI PEMANTAU HARIAN NKRA yang diadakan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat di Kuala Lumpur. Kebetulan ternampak iklan di FB KPWKM dan mencubalah nasib hantar ..mana tau kan?? haha.. mulanya memang malas tahap cipan betina untuk datang interview ini. Yalah, rasa sayang ngan kerja yang ada sekarang. Semasa interview berlangsung pada jam 9am, saya dah nekad untuk tidak menghadiri interview dan datang ke pejabat seperti rutin biasa. Tapi, bila untuk sekian kalinya ditelefon oleh pihak KPWKM..Saya mengambil keputusan untuk mencuba dan dengan berbantukan pak cik teksi yang ensem tuu, dapat juga saya sampai ke KPWKM sejam kemudian walaupun sesat2 di KL ni..ahhaha.

ii) But, to tell you the truth. Inilah pertama kalinya ini saya datang temuduga tanpa membuat apa2 persediaan. Ya, Fizikal atau mental. Ibarat dalam dunia debat, kalau anda datang hendak berdebat dengan "berbogel" sahaja, anda pasti akan menerima habuan yang setimpal. Tolong jangan berfikiran bukan2. "Bogel" dalam konteks yang saya maksudkan bukanlah kotor..ia hanya perumpamaan untuk melambangkan anda langsung tidak membuat persediaan apa-apa yang akhirnya, kesannya akan memalukan anda juga..=). Orang-orang debat UMS mungkin pernah dengar prkataan ni kan?? hahaha

Sampai ke tempat interview, saya sempat kerling ke arah check list senarai  nama temuduga yang diadakan. Mak oiii..banyaknya..dalam beberapa muka surat kalau tidak silap saya. Asas kelayakan untuk jawatan ni adalah mesti mempunyai sekurang2nya ijazah sarjana muda. Maknanya, persaingan untuk kerja ni kira agak banyak dan secara jujur saya takuttttttt benar tauu...weiii..macam nak patah balik jak..Tapi, alang2 dah sampai, tawakal ja lah..semua jampi2 sudah kuar time tuu..haha

iii) Temuduga bermula. 6 orang calon sekali termasuk saya di panggil untuk masuk ke bilik interview. Terdapat 2 orang penemuduga yang siap menanti. Terdapat  tiga bahagian soalan ditanya pada ketika itu. saya ingat lagi. Soalan pertama " Describe yourself". Apa yg rata2 sy nmpk, calon2 lain sibuk memperkenalkn  diri. Ketika ini juga saya teringat kata-kata seorang pensyarah yg saya cukup respect, Dr Ramzah Dambul sewaktu saya sempat menimba ilmu dunia perdebatan di bawah bimbingan beliau di UMS dulu. Beliau selalu berpesan supaya tackle sesuatu perkara dengan betul, belajar untuk mendengar dan jangan terlalu emosi walaupun selalu diprovokasi oleh pihak lawan. 

Jadi, apa yang saya buat? saya cuba untuk menjawab soalan sebaiknya dan berusaha untuk menjawab dengan tenang sambil tersenyum walaupun ada ketikanya rasa macam nak sekeh bila penemuduga tu asyik nak provok..Tapi, bilik interview tuu agak panas sket sebab 2 orang calon wanita tuu rasanya x dpt kontrol emosi mereka. Namun bila masuk bab pasal NKRA, saya terus terang saya tidak apa2 kcuali NKRA ini berada dlm pembentangan RMK10 dan dibawah penyeliaan KPWKM.. bila calon2 lain menjawab dengan berpanjang jela mengenai NKRA ini, rasanya peluang saya semakin tipis dan hampir berputus asa. Soalan ketiga adalah soalan dalam berbentuk IQ. Penemuduga itu menanya pada saya, "apa yang kamu nampak dalam bilik ini". Saya tahu ini adalah part yang paling susah. 

" Saya nampak kebijaksanaan orang yang buat bilik ini......bla..bla.bla" . Masa ini saya cuba memberi sesuatu jawapan yang berada di luar kotak pemikiran. In debate, you need to think more critical than the others.It's depend on how you can influence them to keep believing on you. I'm used all my debate experience and give my very best to the end, even i know maybe the result will be sad.Thanks Dr Rem..I've learn a lot things from u...=)  Tapi, saya puas dan balik ke pejabat semula untuk berkerja...

iv) Then, apa terjadi ?? tepat jam 6.20pm, saya mendapat satu sms ringkas yang berbunyi "TAHNIAH, CIK TELAH BERJAYA DI DALAM TEMUDUGA YANG DIJALANKAN PADA 11/11/11 DAN DIPILIH UNTUK BERKHIDMAT DI UNIT NKRA LIH, KPWKM . SILA MELAPOR DIRI ....". 
Bila pergi melapor diri, dari sejumlah orang yang pergi, hanya 20 orang terpilih. 15 Lelaki, dan 5 perempuan. Saya kira adalah antara yang termuda dalam kumpulan lantikan baru ini.






v) Skop kerja menjdi Pegawai Pemantau Harian NKRA ini bukanlah mudah. NKRA ini berada di dalam pembentangan bajet RMK Ke-10 yang lepas oleh PM kita. Dengan NKRA tersebut, Kerajaan bertekad untuk mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkat pencapaian pelajar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik sistem pengangkutan awam bandar..Keenam-enam ini lah yang akan dipantau di bawah KPWKM dan kira-kiranya saya termasuk dalam pengambilan pertama kumpulan elit untuk memantau NKRA ini di seluruh Malaysia. Bila ada projek, kita akan dihantar untuk memantau, menyelia dan meyediakan laporan kepada Kementerian nanti. Itulah sebabnya nisbah pengambilan kerja lelaki lebih daripada perempuan.


Sekarang, saya masih terfikir, saya nak teruskan kerja di Malaysian Ladies Golf Association ni atau rebut peluang yang ada sekarang. Coz pekerjaan baru ni bermaksud nak mencari lagi tmpt tinggal, pngngktn g keja..adoiii dilema2.shud i accept it or not?? .

apa2pun, saya balik sabah dulu untuk konvo minggu depan..sEE you there..=)

Categories: Share

1 comments:

  1. You should take it and i believe you already decided what best for you kan MiaM0r. =D

    ReplyDelete