Background

Nota Cinta 1...Tinta terakhir buat mereka...



Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Anugerah Bestari  sesi 2009/2010..UMS


Tanggungjawab saya sebagai  EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN JAKMAS AB dan JAKMAS yang lain  telah berakhir pada tanggal 24 Februari 2011. Walaupun saat ini adalah saat yang saya tunggu2 tapi dalam masa yang sama ada perasaan sedih itu tetap hadir dalam diri ini. Seolah-olah ada sesuatu yang hilang dan buat seketika waktu masih tercongak-congak tidak percaya akhirnya apa yg dinantikan telah terjadi. Bukan disebabkan jawatan itu diri ini berasa sedih untuk melepaskan jawatan ini, tapi disebabkan hampir 3 tahun hidup ini diberikan kepada JAKMAS ini.. Yes, since in the 1st years, i already being as one of the secretariat of Exco Ekonomi dan Keusahawanan under Abg Faridzul Marukis..The next year ..being 1 of the JAKMAS, then now still help and lend hand to the NEW JAKMAS...

Bila di imbas kembali, siapa sangka tindakan awal saya untuk menjadi sekretariat membentuk diri saya pada hari ini. Ya, saya memang seorang pendebat BM UMS..sebabkan itu saya mula mengenali Abg Farid yang pada ketika itu merupakan salah seorang daripada Pendebat senior. Beliau telah membawa saya bersama-sama sahabat baik saya, Nurmaizatul Akmal Bin Mukhtar dan Malik Bin Ismail untuk menjadi sekretariat JAKMAS dibawah Exco beliau. Dari sanalah saya dibentuk..belajar dari merangkak, berdiri dan kemudiannya berlari..Keinginan untuk menjadi salah seorang pemimpin semakin membara apatah lagi Kem Kepimpinan JAKMAS yang pertama pada 2008 saya dinobatkan menjadi Peserta terbaik bersama dengan Abg Sharin (Bendahari JAKMAS Sesi 2008/2009)..dan kemudiannya menjadi sekretariat pertama bulanan terbaik under JAKMAS pimpinan Saudara Fanshuri, YDP kolej pada ketika..Walaupun ia nampak kecil, tapi sejujurnya ia memberikan saya satu semangat dan dorongan sehinggalah menjadi diri saya pada hari ini.

Sebelum saya menjadi JAKMAS..Saya dah berfikir banyak kali..kebaikan dan keburukan atas tindakan saya nanti..Bukan jawatan atau hak keistimewaan menjadi salah seorang JAKMAS yang dikejar, tetapi pengalaman dan tanggungjawab menjadi indikator utama mengapa saya mempertaruhkan kehidupan saya dlm JAKMAS ni. Kerana saya sedar bukan senang nak menjadi pemimpin, apatah lagi menjaga kebajikan siswa/i yang hampir berjumlah 3000++ orang..Tapi, itu bukan alasan, kerana saya sudah memilih jawatan ini. Tatkala itu, Saya sentiasa berpesan kepada diri supaya selalu betulkan nawaitu dan kekal kuat dalam menjawat jawatan ini..Dan, syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang Mahakuasa kerana sentiasa memberikan saya kekuatan dalam keadaan saya lemah, memberikan sinar ketika saya dalam kegelapan..dan akhirnya memberikan saya jalan dalam melaksanakan tugas yang berat ini..

Untuk setahun itu, ucapan terima kasih yang tak terhingga saya berikan kepada Pemangku Pengetua, Encik Talib Bin Abdullah Shani kerana memberikan peluang serta  kepercayaan penuh kepada saya sepanjang  setahun bermodus operandi sebagai Exco Akademik dan Kepimpinan. bersama dengan keluarga JAKMAS yang lain. Segala pesanan dan tunjuk ajar akan sentiasa menjadi bekalan dalam diri ini pada masa akan datang. A lot of Thank Yous from the bottom of my heart!. But most over them..to my truly Family JAKMAS..your guys are my inspiration! The BEST FAMILY I EVER HAD..and i'm proud to work together with both of u guys..

AHMAD SYAFIQ BIN AHMAD SABIRIN.
Yang Dipertua JAKMAS 



First of all..He's a great leader! saya bangga dapat berkerja di bawah pimpinan beliau. Mungkin sebelum menjadi JAKMAS saya tidak beberapa beliau, yaa sekadar mengenali sebagai sahabat sekretariat..Namun sejurus menjadi ketua dalam keluarga JAKMAS, beliau sama sekali tidak pernah meninggikan suara apatah lagi sentiasa rendah diri dalam segala hal. Sesuatu hal akan diuruskan terlebih dahulu dan barulah kerja2 yang seterusnya diserahkan kepada kami. Penuh Komited serta dedikasi terhadap sesuatu pekara. Untuk setahun ini, terima kasih yang tak terhingga atas segala tunjuk ajar yang diberikan. You are such a good leader,,i'm proud with u!! (once u never noticed that, kami selalu panggil syafiq bapa dalam keluarga JAKMAS ini!!..sorri yaa pik..hehe)

FATWA BINTI MOHD ALI.
Naib Yang Dipertua JAKMAS


Ayu tetapi tegas. Dalam kelembutan ada ketegasannya. Itulah dia NYDP yang saya hormati. Walaupun kelihatan agak pediam, tetapi bila menjalankan tugas begitu semangat dan penuh karisma..Penggerak utama kepada organisasi JAKMAS selepas YDP..Kalau pasal bab2 kebajikan terutamnya utk siswi, She's the no 1..kak long bangga dgn kamu fatwa..^_^


SUHAIMAH BINTI TALLITI
BENDAHARI


Dia merupakan idola saya yang utama..siswi yang bakal menjadi Cikgu ini ternyata seorang yang benar-benar baik. Bersama-sama beliau sepanjang 1 tahun ini banyak memberikan saya tunjuk ajar yang tak terhingga. Matang dalam segala hal, dan kadangkala bertindak menjadi kakak walhal beliau lebih muda daripada saya.. Bersama-sama beliau, saya belajar erti persahabatan..ya betul, sahabat senang dicari, namun yang ikhlas itu susah untuk ditemui, dan Thanks God, U give me chance to know her..Dia akan sentiasa di hati..terima kasih ima atas segala kenangan untuk setahun ini...kak long will always cherish u..Now and eternity...Forever in my heart..

    NORIZZAH ZAINUDDIN
SETIAUSAHA

.
Dari perspektif apa pula saya nak nilai sahabat saya sorang ni?? Setiausaha yang sering tabah dan sentiasa senyum walaupun ditegur..memang saya respect habislah dengan beliau. Teringat lagi waktu bersama-sama beliau dalam program UMS+UTM..kalau saya tak silap..itu satu2nya program luar yang kami buat sama2 dengan JAKMAS yang lain..Thanks izzah sebab selalu menyusahkan buat report hantar last minit dengan izzah..hehe dan terima kasih juga atas segala tunjuk ajar selama kita menjadi keluarga JAKMAS ni..kak long gembira dapat berkerja bersama-sama kamu....Gratias!

MOHD IKHWAN AL-SYAHID B.ABDULLAH
EXCO EKSAH


 Ceng..ceng.ceng!! Diantara JAKMAS semua..dia termuda...Dia adalah adik bongsu a.k.a adikbucuk kitorang (wan, jan marah..hehe) .namun walaupun begitu, beliau merupakan salah seorang yang saya sangat cemburu dalam akademik..He's a good one in that field! seorang yang sangat berhati-hati dengan percakapan..dan berfikiran kritis dalam setiap idea2nya. Walaupun hanya seketika bersama beliau, saya rasa saya dah lama mengenalinya.. sebab untuk mengenali seseorang tak perlu untuk mengambil masa terlalu lama..setahun lebih daripada cukup jika anda memahaminya.. Untuk adikku wan..Terima kasih atas segalanya..Jangan pernah putus harapan dengan apa yang berlaku baru-baru ini..Mungkin apa yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya..Kun fa ya kun..Jadilah maka jadilah ia.. Teruskan maju kehadapan dan jangan pernah lupa kak long mu ni sentiasa mendoakan yang terbaik untuk wan..Gambateh!


  ADRIANTI NAHRUD
EXCO 3K


Saya kira sahabat seorang ni antara yang terbaik saya pernah kenali. Dari menjadi sekretariat sehinggalah menjadi JAKMAS..She is always be there whenever i fall..Ikhlas serta setia memperjuangkan kebajikan mahasiswa/i. kadangkala saya berasa, beban yang terpikul di bahu sahabat ini terlalu berat, namun beban-beban itu dilaksanakan dengan sebaiknya tanpa tercetus keluhan dari mulut beliau. Bersama-samanya begitu banyak meninggalkan kenangan..bersama-sama ketawa, bersama-sama sedih dalam menjalankan tanggungjawab sebagai JAKMAS..thanks Yanti atas segala budi dan kenangan yang dicipta bersama.. Remember this always..you such wonderful girl..Do something great with your life...Sarang heyo unni....

STALLONEY R.BENJAMIN
EXCO SUKAN & KEBUDAYAAN


Bakal Cikgu!! bakal guru seorang ini merupakan abang yang sangat prihatin serta sering menghidupkan suasana JAKMAS dengan jenaka-jenaka spontannya.. Setiap apa yang diperkatakan, dilaksanakan dengan penuh berhati-hati. Sering memberikan nasihat yang berguna walaupun di luar bidang tugasnya..Thanks Stel for everything..i'm be proud to be work together with You..Every single of your words will always be in my heart and last but not least.. thanks for be our sporting teachers, friends, sinchan and mostly  for being A Very Good friend..=)

NURMAIZATUL AKMAL BINTI MUKHTAR
EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN


 I LOVE U Sista!!!! Mengenalinya bersama-sama menjadi pendebat, sekretariat dan akhirnya bersama-sama menjadi JAKMAS AB... membawa satu perubahan yang sangat besar dalam Exconya.. Buktinya SEDC pertama telah ditubuhkan atas usaha keras beliau yang kini sudah dimiliki oleh beberapa usahawan muda dari kalangan siswa/i AB.. sometimes she can be so seriously, so, naughty ..a different characters..but i  keep believin' on her, she is the BEST FRIEND that i ever had..Thanks mai atas segala bantuan, kenangan yang sama2 kita hadapi bersama untuk 3 tahun ini..I will tresure it until the rest of my life..and u know what..I REALLY LOVE U SISTA!

 LYN D'AMOR BUQUING
EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN


Guess what??? This is me!! saya bukanlah manusia hebat, sekadar seorang insan kerdil yang memilih jalan ini untuk bersama-sama mereka..Untuk menjadi pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi cabaran inilah menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari mendatang..Saya bukanlah yang terbaik, namun saya akan pastikan apa yang dibuat adalah yang terbaik mampu saya lakukan.. Dan, sejujurnya saya tidak pernah menyesal atas tindakan saya memilih ke jalan ini.. Kerana dari sini lah saya bermula merangkak, berdiri, belajar dan seterusnya berlari. Proses pembelajaran ini tidak akan berakhir dan akan terus berputar dan kini akan digalaskan kebahu adik2 JAKMAS yang baru....

Namun, tidak sama sekali saya lupakan buat sekretariat asal saya yang setia disisi..Jaclyn James, Nabila Zakaria, Azzirah, Mohd Juhar, Fazrie, Addie, Aida, Marriane, Ruji, Ali, Geofry dan Malek Ismail, Has, dan  sekretariat2 baru Ammar, Daniel, Amin, Ashraf, Azwan, Wan Firdaus, sunora dan yang lain yang saya tak tertulis namanya..Akak gembira bersama kamu semua..Terima kasih atas segala sokongan diberikan sepanjang kita menjadi satu keluarga Akademik bersama-sama. kalau akak boleh anugerahkan Anugerah  Sekretariat terbaik,..sudah pastinya kamu2 adalah penerimanya.. Untuk Juhar, Aida dan Nabila..akak bangga dengan kamu ber 3..teruskan berbakti dan laksanakan tugas dengan sebaiknya..Bagi yang lain, akak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu..ketahui walau apa yang terjadi, kamu antara orang-orang paling berharga dalam diri akak..Maaf atas segala kekurangan, terkasar bahasa, tersinggung yang mana-mana kerana sesungguhnya akak manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan..semoga ukhuwah antara kita akan terus berkekalan..Amin!! Akak sayanggggg kamu semua!!!!




Dan pesanan nota cinta terakhir ini saya titipkan buat JAKMAS yang baru..Syabas dan tahniah kerana terpilih menjadi JAKMAS AB sesi 2010/2011..Moga semuanya berjalan lancar menurut kehendakNYA.. sedikit pesanan ikhlas, laksanakan tanggungjawab dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan..Akak tahu bukan jawatan yang menjadi sandaran, tetapi cubalah lakukan yang terbaik dalam diri anda masing-masing. Sesekali bila berada di atas, jangan lupa memandang ke bawah..dan sesekali tidak salah menjadi seteguh  lalang.. bukan disebabkan Ditiup ke kiri, kekiri lah ia, ditiup kekanan, Kekanan lah tetapi ambillah semangatnya untuk terus berdiri teguh walau ditiup dek angin..dan jangan menjadi seperti padi.., semakin lama semakin tunduk dan akhirnya rebah ke tanah..mudahan2 dengan berkat doa dan kepercayaan daripada rakan2 smua, anda mampu melakunyanya..percayalah..........

Akhir kata..selamat menhadapi minggu peperiksaan pertengahan Semester..salam sayang dari mantan terindah.Mohon undur diri.............................................................................................





















































































2 comments:

  1. thnx a lot...
    kak byk mmbantu sya dlm kepimpinan...
    dn byk membri kata2 smgt...
    luv u 4eva....

    ReplyDelete
  2. blog walking....sory kt sini jelah sbb xde shoutmix

    ReplyDelete