Background

Finale Public Speaking ( IT'S MY TEAM)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

20 Oktober 2009 (Foyer Sekolah Sains Sosial): Dengan tema ‘variasi etnik Sabah’, kumpulan PBB daripada pelajar Tahun 2 Program Hubungan Antarabangsa, menutup tirai aktiviti Public Speaking 2009 dengan kejutan yang menarik! Aktiviti telah dijalankan selama satu hari, seawal jam 9am hingga 5pm. Ia bermula pada sesi pagi dengan acara forum (menampilkan dua panel daripada Program Hubungan Antarabangsa — iaitu Prof. Madya Dr. Asmady Idris, dekan SSS sendiri, dan Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid), debat olok-olok oleh pasukan debat UMS dan seterusnya acara Public Speaking pada sesi petang.

Aktiviti ini merupakan finale bagi program Public Speaking 2009, dan majlis penangguhan rasmi telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Dekan Sekolah Sains Sosial. Turut memeriahkan program selama sehari ini adalah sekumpulan pelajar SMK Tamparuli, yang menunjukkan bakat seni dengan mempersembahkan dua tarian — iaitu Zapin dan Daling-Daling. Tahniah diucapkan kepada Pn. Marja Azlima Omar (selaku penyelaras aktiviti) serta semua AJK yang telah menjayakan acara yang sungguh menarik ini!
                                                                               
                                                                            (www.singgahsini.sss)

Leave a Reply