Background

SEMEGA MPP UMS 2010: Perlukan nafas baru

Salam. Bila sudah lama rasanya tidak menulis, kekok dan kaku rasanya. Tapi itu bukan alasan untuk berhenti berkongsi dengan semua. Tadi saya baru sahaja mendapat mesej daripada Setiausaha SEMEGA (SELANGKAH KE MENARA GADING) yang lepas berkenaan dengan laporan bahagian Penginapan pada program yang lepas. Mungkin lebih baik saya kongsikan bersama serba sedikit pengalaman suka dan kecewa ketika bersama-sama berkampung membuat aktiviti bagi program di bawah anjuran Exco Latihan dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 ini.


Terlebih dahulu saya kan ceritakanlah, apakah permasalahan dan kekurangan utama program ini. Secara jujurnya, kekurangan yang paling ketara adalah dari aspek kepimpinan dan pengurusan. Bukan niat mahu mencaci, menghina, mengeji ataupun mencerca. Tetapi sekadar mahu berkongsi demi kebaikan kita bersama, untuk mengingatkan diri kita termasuklah saya (manusia yang mudah lupa). Ini hanya luahan rasa, dari seorang manusia biasa yang tak punya apa-apa.


Terus terang saya katakan dari aspek  kepimpinan, program ini kurang berjaya untuk mencapai matlamatnya. Disebabkan ketidakfahaman dalam antara Ahli jawatankuasa dengan Majlis Tertinggi, kata sepakat atau resolusi penyelesaian sangat sukar untuk dicapai. Sebelum anda memasang hajat untuk terlibat dalam mana-mana program, saya menyeru dan merayu kepada kalian semua agar persiapkan lah diri terlebih dahulu ilmu di dada. Ilmu perlu dijadikan senjata, sementara  pendirikan perlulah teguh tersemat didada. Perisainya adalah kesabaran dan keadilan. Musuhnya adalah kemarahan dan kejahilan. Program ini bukan hanya mewakili diri mahasiswa itu sendiri, bukan juga nama Universiti semata-mata. Tetapi program ini membawa makna yang sangat bermakna kepada jiwa anak-anak bangsa di luar sana. Yang mengharapkan secebis sinar untuk diberikan kepada mereka.

Lantaran itu,perjuangan untuk program tersebut perlu diletakkan pada asas dan matlamat yang sama agar tidak terpesong dari landasan yang diharapkan. Suara ahli-ahli bawahan perlu diambil kira demi menjamin kemuafakatan dan keberkesanan program. Yang betul jangan dipersalahkan, yang salah jangan diperbetulkan.

Tapi, setelah beberapa hari saya bersama-sama membuat program SEMEGA, bergelut dengan kesibukan yang kadangkala tidak mampu saya hadapi, terdetik di hati rasa kecewa melihat apa yang terjadi sepanjang program tersebut.Tembok keegoan antara kita semakin utuh dan kukuh, hinggakan kesepaduan gerakan mula runtuh. Kemuafakatan diantara ahli jawatankuasa semakin longgar dan perlahan-lahan terlerai. Keegoan menjadi pilihan. Yang satu berlagak ketua yang satu berlagak berkuasa. Hinggakan Rajuk menjadi pilihan, kewajipan dan tanggungjawab mula ditinggalkan. Akhirnya apa yang ada??? Hanya saki baki kudrat dari segelintir mereka yang tinggal dengan penuh harapan. Terima kasih buat mereka yang masih setia berkhidmat walaupun luka di hati masih belum sembuh.

Bukan! Ini bukan soal siapa yang hebat. Tapi ini soal kewajipan dan amanat yang akan ditanya kelak di akhirat. Kerjasama perlu teguh, kebersamaan perlu kukuh kerana banyak cabaran yang perlu ditempuh. Lari dari tanggungjawab bukan jawapan kepada sebuah pembaharuan, dan ia juga bukan asas kepada sebuah kekuatan, tapi sebenarnya itulah tanda kelemahan yang menjadi punca kurangnay keberkesanan program tersebut. Semoga kepimpinan akan datang akan memperbaiki segala kekurangan yang ada. 

Membaca bukan dengan mata, tapi juga dengan hati yang terbuka. Yang salah tolong diperbetul, yang betul jangan dipersalah.

Syukran..Salam sAyang buat semUanya...


1 comments:

  1. salam kak..sorry kalo ada apa2 yang menyinggung kakak sepanjang SEMEGA..huhu

    ReplyDelete