Background

Perempuan marah dan analogi Tahi Lembu.

i. Tadi sewaktu sedang beRsarapan kat kedai mamak sebelah dengan sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan cina , saya sempat perhatikan perilaku sekumpulan guru perempuan melayu yang ketika itu sedang duduk bersarapan di sebelah meja saya. Bila bercakap mengenai profesion perguruan, saya amat menghormati sesiapa saja insan mulia yang bergelar guru kerana merekalah saya mampu tersenyum dan berbangga dengan diri saya pada hari ini.

Namun, itu bukan persoalannya. Hari ini saya berasa jengkel dan meluat melihat bilamana melihat perilaku sekumpulan manusia ini. Rasa kasihan tahap tinggi kat pak cik mamak tuu yg terkebil2 mcm cicak tertelan kapur bilamana dengan selamba badak jak salah sorang guru tuu meninggikan suara (atau menyalak lebih tepat) meminta pesanan dengan ayat yang smmgnya agak biadap n pedih utk di dengar. Even pak cik tu hanya tukang masak mamak, dia pun ada perasaan jga mak cik..Nak pesan makanan tu gunalah bahasa yg elok sdikit.. As a teacher, u should very well know how to have a good attitude to the others.

"Di sekolah, setahu saya insan kamil ni ,gurulah yang mengajar dan memberi nasihat kepada pelajar bagaimna nak menghormati org lain, mengajar utk berakhlak mulia dan menjadi insan yg sempurna. Kalau pekara basic mcm ni pun cikgu tak boleh buat, how can u call as a teacher?. Saya pun tak tahu mcm mn cikgu ni boleh lulus jadi seorg guru. Mungkin masa orang yang bertanggungjawab periksa paper akhir cikgu, dia kasihan atau tersilap pandang kut. itu sebab cikgu lulus untuk menjadi guru."

Janganlah jadi seperti mak ketam yg mengajar anaknya berjalan..sedangkan dr sndiri pun jalan tentu arah..Orang malaysia ni punya peradaban, kalau cikgu dah tak tahu berbahasa, tiada bezanya cikgu dengan mereka2 yg tinggal di hutan sana tuu..perg!! haha tgk..pagi2 dah rosak mood..hahah...kalau saya jadi pak cik mamak tuu, saya akan buat bodoh jak.. "Dah org berbudi kan, kita harus brbahasa laa"..but don't get me wrong..saya tak anggap smua guru mcm tuu..sebab saya ramai lg insan2 mulia di luar sna yg baik kan?? hehe =)

ii. Bercakap dengan menggunakan bahasa yang biadap akan merobek kebenaran dan menyakitkan hati pendengar. Kebenaran akan tertutup dengan rosaknya bahasa dan hodohnya akhlak kita. Bercakap main redah akan mengundang padah. Bukan sahaja nasihat kita tidak akan didengari oleh manusia, bahkan penampar pula yang dilayangkan ke pipi kita..yalah sabar tuu separuh daripada iman..tapi ada batasnya juga,..kalau dah melebih tu, separuh lagi rasa laa penumbuk org pendek ni..haha..

Mulut kita perlu dipandu oleh logik akal dan disemak oleh rasa hati. Kata2 kita perlu dilapik dengan hujah yang jelas dan jangan bercakap berlandaskan emosi.
Apba kita memberikan nasihat kepada seseorang, pastikan niat kita adalah untuk mengubahnya ke arah kebaikan, bukannya untuk memalukan seseorang.
Nasihat kita adalah untuk membetulkan seseorang, bukannya untuk menjatuhkan maruahnya. Nasihat yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayang, bukannya salam untuk permusuhan sesama kita.

iii. Analogi tahi lembu sebagai baja sayur.
Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan sedap untuk dimakan, kita perlu memberikan baja kepada sayur-sayuran. Kadang-kadang, baja yang kita guna adalah baja organik ataupun baja tahi lembu. Bilakah kita meletakkan baja itu kepada sayur-sayuran?

Kita meletak baja tahi lembu semasa sayur-sayuran masih berada di dalam batasan tanah kebun. Kita menabur baja ketika sayur-sayuran sedang berkembang matang sebelum dipetik dan dimasak untuk dimakan. Bagaimana pula dengan sayur-sayuran yang kekurangan baja?
Sayur-sayuran yang kekurangan baja akan kelihatan layu, tidak segar dan rasanya pasti tidak sedap. Mungkin si petani terlupa untuk menaburkan tahi lembu dan memberikan baja yang secukupnya kepada sayur-sayuran tersebut.

Jadi, kalau kita termakan sayur yang tidak sedap kerana kekurangan baja, adakah kita akan menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran itu?

Pastinya kita tidak akan sebodoh itu untuk menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita hanya disebabkan oleh sayur yang kekurangan baja.
Tahi lembu perlu ditabur semasa sayur masih berada di batasan kebun, bukannya setelah dimasak dan dijadikan hidangan makan. Begitulah analogi untuk nasihat. Nasihat perlu diberikan pada masa yang sesuai, kena dengan tempat dan betul kaedahnya.

Saya ada terbaca kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.

“Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah.”

Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.
Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.
Kita wajib bercakap tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan pasti akan berbekas di hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.
Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar.

Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil. Rugilah pula kalau kebenaran dihambur dengan melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya. Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk. Bercakap tanpa berfikir, tanda rendahnya ilmu dan tanda rosaknya akhlak.
Inilah nasihat dan peringatan bukan di dalam agama Islam tetapi juga agama2 lain.

iv. woww, saya dah berubah kepada orang lain la pula...berubah untuk menjadi sesuatu yang lebih baik adalah satu proses pembelajaran dalam kitaran hidup. Bukan begitu? Kalau esok saya jumpa cikgu tuu lagi dan dia still masih bgitu..saya rasa saya dah tahu nak buat apa esok..hehe..=) waaa

Leave a Reply