Background

AWAK..KENAPA BIARKAN TANAH INI DIKOTORI DENGAN EMOSI?




Teringat sedikit perbualan ringkas saya dengan pak cik Teksi berbaju kuning Sabtu yang lepas. Pak Cik tu kata BERSIH ni cuma satu platform untuk raykat bersuara menuntut PR yang lebih telus daripada kerajaan. Raykat yang berkumpul hanya inginkan ketelusan dalam PR. Tidak lebih. Tidak kurang. Tidak akan menjejaskan keselamatan negara. Itu katanya. Malah, beliau turut  mengajak saya untuk menyertai perhimpunan tersebut. Terima kasih. Dengan sopan saya menolak.


ii) Tapi pak cik, lihat sahaja yang telah terlaku. Benar. Nawaitu raykat dah betul. Cuma bukan dengan cara demonstrasi yang begitu. Kereta terbakar, pegawai polis dicederakan semasa bertugas dalam demosntrasi tersebut. Anda kata anda hanya ingin membuat demonstrasi aman. Tapi, buktinya kereta dirosakkan, malah tidak cukup dengan itu pegawai polis dibelasah, dipukul dengan teruk tanpa belas kasihan. Emosi mengatasi segala-galanya. Apa yang membezakan manusia dengan ciptaan Tuhan yang lain adalah manusia sebaik-baiknya dilahirkan dengan akal fikiran supaya boleh  membezakan perkara yang baik dan buruk. Bukan digunakan kurniaan yang satu itu untuk memburukkan lagi keadaan.


iii) Begitupun, saya tidak salahkan niat mereka yang membawa cahaya kuning itu, cuma janganlah sampai mengambil tindakan yang dikira mampu menjatuhkan maruah anda sendiri wahai saudara-saudaraku. Mungkin anda akan kata saya orang kerajaan. Berkerja untuk kerajaan. Sebab itulah kata-kata yang saya tulis pun berbaur berpihak kepada kerajaan.. Saya manusia biasa. Yang masih juga mencari-cari cahaya dalam diri saya sendiri. Cukuplah. Tanah ini sudah cukup penat melihat darah-darah yang terkorban dari dulu lagi. Belum puaskah? Atau bila tiba masanya anak-anak bangsa kita berbunuhan satu dengan yang lain baru rasa keinsafan itu timbul dalam diri?. It’s not just a win-lost game. Atau yang menang akan gagah mendabik menjadi arang. Yang kalah malu tersipu menjadi abu. Cukuplah! Jangan biarkan matlamat itu menghalalkan cara anda. Sebab akhirnya, kesannya kepada kita, anak-anak bangsa kita, negara kita.


iv) Berilah peluang kepada generasi kita masa hadapan untuk hidup tanpa rasa ketakutan. Ajarlah mereka untuk bertindak dengan menggunakan akal yang waras. Didiklah mereka menjadi pemimpin yang berguna. Agar suatu hari nanti, bila generasi ini yang menjadi pemimpin, mereka benar-benar faham dan menghargai akan nilai sebuah kehidupan. Bak kata seorang sahabat guru, Cikgu Yusuf, kenapa perlu dikotorkan tanah ini dengan emosi? Bila nanti berjalan di atas api baru kita sedar, rupa-rupanya saat-saat bahagia perlu dihargai.
Cahaya kebenaran yang satu itu dah terang. Tak perlu bersuluh. Saya faham. Kamu harus faham. Mereka harus faham..=)

-          Insan Kerdil. 30/4/2012-

Leave a Reply